Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

KKM & JKM Prihatin, Saringan COVID-19 Buat Warga Emas Tidak Terkecuali

Nur Adnin
Gambar: Facebook

Dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di seluruh negara, kerajaan melaksanakan ujian saringan secara menyeluruh kepada semua peringkat umur dan bangsa.

Malah, jika dilihat semula statistik kematian 105 orang yang terkorban akibat pandemik ini, sebahagian besar mereka adalah daripada golongan warga emas yang berisiko.

Maka sebab itu, satu usaha pencegahan awal perlu terus dipertingkatkan oleh agensi-agensi kerajaan dalam memastikan kadar kematian melibatkan warga emas mampu diturunkan.

Laporan kes setakat semalam. Infografik: KKM

Kementerian Kesihatan (KKM) bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memulakan program saringan COVID-19 di Rumah Seri Kenangan Kemumin, Kelantan pada hari ini.

Saringan tersebut melibatkan 100 penghuni warga emas dan 50 kakitangan di rumah jagaan itu.

Kemas kini program tersebut dikongsikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi Facebooknya hari ini.

Gambar: Facebook
Gambar: Facebook
Gambar: Facebook
Gambar: Facebook

Sumber: Facebook