Sebelum ini menu rendang menjadi kontroversi apabila seorang tukang masak dari Malaysia telah tersingkir dari daripada rancangan realiti masakan popular, MasterChef UK pada 25 Mac 2018 apabila juri rancangan tersebut, Gregg Wallace mempertikai penyediaan rendang ayamnya yang dikatakan tidak rangup pada bahagian kulit.
Namun, kali ini timbul semula isu hidangan tidak ‘rangup’ melalui rancangan yang sama di Australia.
Menu yang sinonim dengan masyarakat Cina itu dikritik salah seorang juri Masterchef Australia, Andy Allen.
Difahamkan setiap peserta diminta untuk menyediakan hidangan bertekstur rangup dalam episod yang disiarkan pada 3 Mei lalu.

Salah seorang peserta, Brendon Pang membuat keputusan untuk menghasilkan hidangan wantan udang yang rangup dengan sos bawang dan cili.

Namun malang bagi Brendan apabila, Allen tidak kagum dengan hidang tersebut dan memberi kritikan dengan mengatakan isi wantan itu tidak rangup dan tidak mengikut peraturan cabaran tersebut.
“Maaf, ianya tidak rangup,” kata Andy Allen.
Seorang chef selebriti Malaysia-Australia yang turut menjuarai Masterchef Asia musim kedua, Adam Liaw tampil mempertahankan hidangan Brendan di Twitter.
“Hidangan wantan yang mengandungi daging tidak perlu menjadi rangup, ianya seperti isu ‘rendang crispy’ sekali lagi,” kata Adam Liaw.
“Saya bahkan sanggup mengatakan bahawa jika bahagian ‘bebola’ dari wantan tersebut garing, hidangan yang dihasilkan itu teruk.”
THE MEAT-CONTAINING PORTION OF A WONTON DOES NOT NEED TO BE CRUNCHY THIS IS LIKE THE CRISPY RENDANG ALL OVER AGAIN #MasterChefAU
— Adam Liaw (@adamliaw) May 3, 2020
I would even go so far to say that if the "ball" portion of a wonton is crunchy, it is a badly made wonton. #MasterChefAU
— Adam Liaw (@adamliaw) May 3, 2020
Sumber: CNA Lifestyle, Adam Liaw, Brendan Pang