Siakap Keli
Gambar: Twitter

“Tak Perasan Jaket Meleret…,” Lelaki Nyaris Kemalangan Jaket Tersangkut Di Rantai

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kemalangan jalan raya boleh dikatakan kerap berlaku atas beberapa faktor. Penunggang motosikal terutamanya lebih berisiko terlibat dengan kemalangan atas sebab kenderaan yang lebih kecil berbanding kenderaan lain.

Tidak dapat dinafikan, mereka perlu berhadapan dengan pelbagai kemungkinan bahaya yang sememangnya tidak dapat dijangka.

Keadaan tersebut dialami oleh seorang pengguna Twitter, Hafiz, yang nyaris kemalangan kerana jaket yang dipakai tersangkut pada rantai motosikal miliknya.

Menerusi kirimannya, dia bersyukur kerana Tuhan telah menyelamatkannya.

Pihak Siakap Keli telah menghubungi Hafiz sendiri bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kejadian itu.

Menurutnya, dia menyarungkan jaket itu dari bahagian hadapan dan tidak menyedari bahawa jaket itu boleh meleret sampai ke tayar.

Tambahnya lagi, dia hampir terjatuh namun bernasib baik apabila dia mampu mengawal motosikal miliknya dan dapat mengelak dari kemalangan yang lebih bahaya.

Saya pakai jaket tu sarung ke depan, saya tak perasan macam mana jaket tu boleh meleret sampai ke tayar, and luck saya nasib boleh control motor, kalau tak memang arwah.

Hafiz menasihatkan orang ramai untuk lebih berhati-hati semasa menunggang motosikal agar kejadian sepertinya tidak berlaku.

Perkongsiannya itu telah menarik perhatian warganet. Rata-rata dari mereka juga berharap agar kejadian seperti itu tidak terjadi lagi.

Sumber: mhfzl7

Sofea

Iqra'.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.