Siakap Keli
Gambar: Planet Rugby/Sonny Bill Williams

Titip Doa Buat Seluruh Umat Islam, Sony Bill Williams Beri Inspirasi Penganut Agama Lain

Siapa yang tidak kenal dengan pemain ragbi profesional, Sonny Bill Williams. Beliau merupakan pemain Muslim pertama yang bermain untuk pasukan New Zealand atau All Blacks.

Seperti masyarakat lain yang beragama Islam, Sonny juga menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan.

Baru-baru ini, Sonny melalui akaun Twitter rasminya menitip doa buat seluruh umat Islam di dunia berserta gambar bersama isterinya.

“Ramadan semakin berlalu pergi. Insyaallah semoga di bulan yang diberkati ini, kekuatan diberikan untuk semua ummah di seluruh dunia. Terutamanya kepada yang kurang bernasib baik,” kata Sonny.

Rata-rata pengguna Twitter memberikan pujian serta membalas kata-kata tersebut dengan doa. Ada juga insan yang bukan beragama Islam turut memuji Sonny dan mengatakan bahawa beliau adalah sumber inspirasi.

Gambar: Sonny Bill Williams
Gambar: Sonny Bill Williams
Gambar: Sonny Bill Williams

Perkongsian tersebut kini telah memperoleh lebih 7 ribu retweets dan lebih 37 ribu likes.

Sumber: Sonny Bill Williams

Adib Mohd

Nur Farra