Siakap Keli

Ada Alasan Tersendiri, Ini Antara Sebab Kenapa Jalan Raya Warna Hitam

Secara umumnya, anda mengetahui jalan raya yang sering anda guna hampir setiap hari berwarna hitam. Mungkin pernah terlintas dalam fikiran anda mengapa warna hitam menjadi pilihan.

Untuk pengetahuan anda, rupanya terdapat alasan mengapa warna hitam merupakan pilihan bagi jalan raya.

Menurut portal Reasonsbehindthe, terdapat satu bahan yang digunakan untuk membuat jalan yang dikenali sebagai konkrit asfalt. Bahan ini boleh diperolehi dengan harga yang murah. Kos yang digunakan untuk membuat ‘aspal’ juga adalah rendah.

Asfalt hitam atau konkrit asfalt ini mempunyai jenis lekatan yang lebih tinggi berbanding dengan getah daripada jalan konkrit biasa. Selain itu, ia juga mempunyai cengkaman terhadap jalan yang lebih baik berbanding dengan jalan konkrit biasa.

Gambar: Quinn Building Products

Warna hitam menjadi pilihan kerana semasa musim panas dengan keadaan suhu yang tinggi. Warna hitam tidak akan mencerminkan gelombang suria kepada anda. Ini akan membantu anda melihat jalan dengan lebih jelas. Bahan yang digunakan ini turut menyerap haba tetapi tidak mampu mempengaruhi penglihatan dalam keadaan sangat panas.

Namun, pada waktu malam warna-warna terang dapat dilihat dengan mudah di jalan-jalan yang berwarna hitam. Sedangkan warna terang pada jalan yang berwarna putih tidak dapat dikenali dengan mudah.

Gambar: Unsplash

Anda akan mengatakan bahawa garis putih dapat dikenal pasti dengan mudah apabila terletak di jalan-jalan yang berwarna hitam. Sedangkan tanda jalan yang menggunakan garis berwarna putih susah untuk dikenali pada jalan-jalan putih.

Selain itu, penggunaan warna hitam dapat mengelakkan sebarang penyelewengan yang berlaku dijalan raya.

Sumber: reasonbehindthe.com

Nurul Najiha

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa