Siakap Keli
Kredit: Bernama

(Video) Masih Ada Kes Baru Generasi Ketiga Kluster Tabligh, KKM Kenalpasti 8 Golongan Sasar Untuk Saringan COVID-19

Putrajaya, 10 Mei – Kementerian Kesihatan mengenalpasti beberapa kumpulan sasar untuk menjalani saringan COVID-19.

Hal ini berikutan impak positif pendekatan tertumpu bagi mengesan pesakit COVID-19 dan merawat mereka.

“Setakat ini pelaksanaan aktiviti pendekatan tertumpu menunjukkan impak positif dalam mengesan kes COVID-19,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

KKM telah mengenalpasti beberapa kumpulan sasar seperti berikut,

  1. Peserta perhimpunan Sri Petaling dan kontak rapat, hingga hari ini ada pertambahan kes generasi ketiga.
  2. Pelajar serta kakitangan madarasah seklah tahfiz berkait perhimpunan Sri Petaling
  3. Rakyat Malaysia dari luar negara yang ditempatkan di pusat kuarantin
  4. Kakitangan KKM
  5. Penduduk di lokaliti PKPD
  6. Pasar borong Kuala Lumpur dan pasar-pasar berkait rapat pasar borong
  7. Pekerja asing di tapak pembinaan di zon merah
  8. Rumah jagaan warga emas

“Masyarakat tidak perlu khuatir dengan peningkatan kes baru susulan peningkatan tertumpu yang agresif dan proaktif kerajaan,” kata beliau, mendakwa keberkesanan langkah tersebut.

Sumber: KKM

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.