Ramadan menjadi bulan yang sentiasa dekat di hati umat Islam kerana disaat inilah mengalirnya pelbagai rahmat dan keberkatan dari Allah SWT.
Kematian di bulan Ramadan juga menjadi idaman setiap umat Islam. Menurut portal Mufti Wilayah Persekutuan, orang yang mati pada bulan Ramadan itu, tetap dimasukkan ke dalam syurga bergantung kepada amalannya.
Berbicara mengenai kematian, seorang pendakwah, Ustaz Johari Morad, berkongsi mengenai seorang mualaf yang telah disyahadahkan olehnya. Mualaf tersebut dikatakan telah meninggal dunia pada 10 Ramadan yang lalu.
Muallaf yang terpilih. Perginya di bulan mulia. Di hari yang mulia.
Bercerita berkenaan memori pada tarikh 20.01.2020, Ustaz Johari Morad bersama isteri beliau bergerak dari Kiulu, Tamparuli menuju ke Kg Lingkabau Sugut, Beluran Sabah. Perjalanan jauh yang mengambil masa hampir 6 jam untuk sampai ke destinasi tersebut. Perlu segera ke destinasi ini kerana? Kerana telah dikhabarkan kepada Ustaz Johari Morad akan ada seorang nenek yang berusia 94 tahun ingin memeluk Agama Islam. Nenek tersebut dikabarkan begitu bersungguh ingin memeluk agama Islam. Nenek itu bernama Sumiroh.
Setiba di Kg Lingkabau, Ustaz Johari Morad disambut baik oleh keluarga di sana. Di saat melihat keadaan Sumiroh, beliau berada dalam keadaan kurang sihat. Seusai duduk di ruang rumah mereka, nenek Sumiroh tiba-tiba datang menuju ke arah Ustaz Johari dalam keadaan merangkak. Kenapa merangkak? Merangkak kerana keadaannya yang tidak sihat. Beliau lalu meminta serban yang ada pada Ustaz Johari Morad ketika itu. Beliau kemudian menutup kepalanya dengan menggunakan serban tersebut.
Ustaz Johari Morad pada asalnya terkejut, tetapi dengan penuh rasa ikhlas, beliau menghadiahkan serban tersebut kepada nenek Sumiroh. Akhirnya, nenek Sumiroh meminta untuk disyahadahkan dan dipimpin sendiri oleh Ustaz Johari Morad. Begitulah hidayah Allah. Tidak akan mengenal siapa. Pada usia 94 tahun, beliau memeluk Islam. Semua meyakini, bahawasanya sesiapa yang memeluk Islam, pastinya dia seperti seorang bayi. Bersih dan suci, tidak ada dosa asbab memeluk Islam.
Bercerita berkenaan anak menantu dan cucunya, mereka semua telah memeluk Islam. Yang juga dipimpin sendiri orang Ustaz Johari Morad untuk mengucap 2 kalimah syahadah. Kisah ini berlaku pada tarikh 10.11.2019 lalu. Begitulah hebatnya percaturan Allah SWT. Hadiah hidayah tersebut diberikan kepada mereka. Memilih Islam sebagai panduan hidup.
Setiap bulan Ustaz Johari Morad akan masuk ke kampung ini dan tidak lupa akan singgah menziarahi nenek Sumiroh. Kali terakhir Ustaz Johari Morad menziarahi nenek Sumiroh adalah pada 13 Mac 2020 lalu. Bertanya khabar dan memberi sedikit sumbangan. Begitu, sehingga 06.05.2020, Ustaz Johari Morad tidak dapat menziarahi nenek Sumiroh kerana kekangan PKP.
Begitu…..
Pada 02 Mei 2020, mendapat khabar berita bahawasanya nenek Sumiroh telah kembali ke Rahmatullah. Pastinya perginya itu, beliau dalam keadaan sudahpun beriman kepada Allah SWT. Sesungguhnya sangat bertuah nenek ini dipilih Allah SWT untuk memeluk Agama Islam disaat akhir hayatnya. Mohon doakan rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Muallaf yang terpilih. Perginya di bulan mulia. Di hari yang mulia.
Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas Allahyarhamah dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
Amiin.
Jalinan Hidayah, Bumi Sabah.
Mengalu-alukan sebarang sumbangan untuk membantu gerak kerja dakwah khususnya di Sabah.
Bank: Bank Islam
No akaun: 02011010109919
Madrasah Darul Hidayah
Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Ustaz Johari Morad di Talian: 012-5686025.
Sumber: Ustaz Johari Morad