SIDS atau sudden infant death syndrome adalah penyakit yang menyerang bayi yang berusia di bawah 1 tahun. Sebahagian besar kes kematian ini terjadi ketika bayi sedang tidur.
Penyakit ini memang kerap berlaku di kalangan bayi. Ibu bapa juga perlu ambil peranan dan lebih peka kepada bayi mereka supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini.
Terbaru, seorang doktor, Ahmad Luqman Bukhari berkongsi tentang langkah pencegahan kes kematian mengejut atau SIDS.
Ketika berjalan melangkah masuk ke bilik tersebut, tak semena-mena jantung si ibu berdebar kencang sebaik saja terpandang bayinya yang berusia hampir dua bulan tu.
Tak pernah pulak sebelum ni anaknya tidur meniarap atas toto begitu.
Perasaan bimbang makin galak memenuhi ruang hati. Apatah lagi bila melihat bibir si comel tu dah kebiruan malah langsung tak ada respon waktu tubuh kecil tu digerak-gerakkan!
Tanpa membuang masa bayi tersebut segera dikejarkan ke klinik kesihatan yang paling hampir dengan rumah. Namun doktor dah tak mampu nak buat apa-apa sebab bayi malang tu dah meninggal dunia.
Kisah menghayat hati ni baru je lagi berlaku sebenarnya kat sebuah negeri di selatan tanah air tahun lalu.
Kes kematian mengejut (Sudden Death Infant Syndrome) melibatkan bayi berumur kurang setahun yang sihat tubuh badan memang antara yang kerap berlaku dekat mana-mana negara sekalipun.
Dekat Amerika Syarikat je dilaporkan hampir 3500 bayi meninggal dunia setiap tahun berpunca daripada SIDS ni.
Sebab tu saya mintak sangat-sangat mak ayah semua tolong pastikan 5 langkah keselamatan ni kita lakukan supaya kes kematian bayi tak berlaku kat dalam rumah kita sendiri.
Pastikan bayi kita yang belum sampai umur setahun tidur dalam posisi menelentang (sleep on back).
Tak usah biarkan dia tidur mengiring atau meniarap walaupun sekejap melainkan mak ayah yakin boleh perhatikan si comel sepanjang dia berada dalam posisi tu.
Tidurlah kat bilik yang sama dengan baby kita untuk mudahkan pemantauan tapi jangan tidur atas tilam yang sama. Kita takut bayi berisiko lemas disebabkan terhempap badan atau tangan mak ayah sendiri.
Paling selamat kalau baby dapat tidur di dalam kot (baby cot) atau tilamnya sendiri.
Tilam baby tu tolong gunakan yang leper, padat dan tak terlalu lembut. Tilam lembut yang tebal berisiko buatkan badan dan muka bayi kita tenggelam dalam tu hingga hidungnya terhalang lalu kelemasan.
Bayi kita tak perlukan bantal, selimut tebal, pad tepi apatah lagi soft toys. Benda tu semua kalau ada duk kat keliling bayi boleh meningkatkan risiko berlaku SIDS ni.
Tolong halang perokok dari mendekati si comel. Kesan habuk dari asap rokok pada pakaian, mulut dan kulit perokok (third hand smoke) bila tersebar masuk ke saluran pernafasan baby kita, akan mengakibatkan keradangan.
Itulah yang kerap buatkan baby susah nak bernafas akhirnya meningkatkan risiko untuk mengalami SIDS.
Bantu saya #kongsikan ilmu penting ni dengan semua mak ayah kat luar sana ye. Serius saya harap sangat mak ayah lakukan semua ni.
Percayalah, kes-kes bayi mati mengejut macam ni adalah kes yang paling susah mak ayah nak terima dan ianya turut beri kesan sangat besar pada perasaan kami doktor yang merawat.
Banyak lagi ilmu penting lain berkaitan nyawa anak kecil yang saya nak kongsikan lepas ni. Mak ayah yang dah follow saya tolong set ‘See First’ siap-siap ye supaya tak ada mak ayah yang terlepas ilmu-ilmu mahal tu semua nanti.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=3076027929085599&set=a.453059434715808&type=3&theater
Sumber: Ahmad Luqman Bukhari