Siakap Keli

Kes Baharu Paling Rendah, Kejayaan Kita Pada Hari Ini, Adalah Hasil Perancangan Kita 14 Hari Lepas – Dr. Noor Hisham

12 MEI 2020 – Sebanyak 16 kes positif jangkitan Covid-19 di negara yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ianya sekaligus menjadikan jumlah kes keseluruhan meningkat kepada 6,742 kes.

Terbaru, menerusi sebuah posting di laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Dr. Noor Hisham berkata, banyak negara yang risau tentang gelombang kedua, begitu juga dengan kita. Tapi apa yang penting pada hari ini adalah kita telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1,2,3 dan 4.

“Hari ini kita telah melihat kejayaan pelaksanaan PKP dimana kita telah berjaya melandaikan keluk penularan dan kita berjaya menurunkan 3 digit kepada 2 digit. Dan 2 digit hari ini adalah paling rendah iaitu 16 kes.” katanya.

Beliau berkata lagi, untuk mengimbangi sektor-sektor lain termasuk ekonomi, kita telah melaksanakan PKPB pada 4 Mei. Kejayaan kita pada hari ini adalah hasil daripada perancangan kita 14 hari lepas. Kita harap kita boleh menurunkan jumlah transmisi tempatan secepat mungkin.

Kekalkan penjarakan sosial, cuci tangan dengan menggunakan sabun dan air, dan elakkan berada di tempat sesak. Lebih tegas dan berdisplin diri kita dengan situasi semasa ini, lebih cepat kita boleh membendung penularan jangkitan.

Sumber: Facebook KKM 

Nor Azilah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.