Siakap Keli

COVID-19: Thailand Catat Sifar Kes Baru Pertama Kali Hari Ini Sejak Dilanda Pandemik

Thailand mencatatkan rekod kali pertama tiada sebarang kes jangkitan COVID-19 harian baharu dilaporkan pada hari ini.

Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19, Dr. Taweesilp Visanuyothin berkata, angka kes jangkitan kekal 3,017 kes dan 56 kematian.

“Saya gembira, sepanjang tempoh bersama dengan mereka yang menyumbang dalam mengawal wabak..kami telah lakukan yang lebih baik sejak sektor perniagaan dibenarkan beroperasi semula pada 3 Mei lalu,” katanya kepada pemberita, pagi tadi.

Amalan penjarakan sosial adalah normal di sana, ketika ini mereka sedang beratur untuk menerima pakej bantuan di Wat Rakhang Khositaram, Bangkok pagi tadi. Gambar: Bangkok Post

Memetik laporan Bangkok Post, sejak 3 Mei lalu, kes COVID-19 yang dilaporkan setiap hari hanya menunjukkan satu angka, kecuali 18 kes yang dikesan daripada sekumpulan individu yang dikuarantin di Songkhla pada 4 Mei.

“Sebenarnya 4 Mei adalah hari pertama Thailand tiada kes jangkitan tempatan baharu kerana 18 kes yang dikesan pada hari tersebut adalah daripada mereka yang dikuarantin.

“Pengumuman tiada kes jangkitan hari ini adalah status sifar kes secara rasmi.

“Kami boleh menarik nafas lega, tetapi tidak boleh melulu.. Tolong praktiskan amalan ‘norma baharu’.

“Akhirnya, kami menjadi antara negara pertama yang mampu menamatkan kesusahan yang dibawa oleh penyakit ini,” katanya lagi.

Sementara itu, jelas Taweesilp lagi, pada bulan ini, seramai 34,444 orang telah disaring dan hanya 0.18 peratus sahaja daripada jumlah tersebut disahkan positif COVID-19.

Sehingga semalam, 46 pesakit telah pulih dan dibenarkan discaj serta pulang ke rumah, menjadikan angka kes sembuh keseluruhan adalah sebanyak 2,844 kes, sementara 117 pesakit lagi masih dirawat di hospital.

Sumber: Bangkok Post

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.