Siakap Keli

Leka ‘Rompak’ Hasil Laut Negara, APMM Berjaya Tahan Dua Bot Nelayan Vietnam

Kehadiran sekumpulan bot nelayan asing Vietnam yang dikesan di perairan Terengganu-Pahang berjaya ditumpaskan dalam satu operasi, baru-baru ini.

Menurut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, bot Vietnam tersebut dikesan di kedudukan 56 hingga 60 batu nautika timur Kemaman selepas laporan awam diterima Pusat Operasi (PUSOP) Maritim Negeri Terengganu.

“Sejurus laporan diterima pada 11 Mei pukul 8 pagi, PUSOP menghubungi KM Gemia yang sedang memantau di kawasan sektor Quebec, iaitu 20 batu nautika dari Pulau Tenggol, kira-kira 40 batu nautika dari lokasi kejadian untuk memburu BNAV.

“Apabila KM Gemia muncul, kesemua bot (Vietnam) melarikan diri keluar dari tempat tersebut menuju ke arah sempadan perairan.

“Pada masa sama, KM Gemia berjaya menahan dua BNAV yang sedang leka melakukan aktiviti tunda ganding,” jelas dalam satu kenyataan, semalam.

Gambar: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

Dalam pada itu, Maritim Malaysia menambah, tangkapan tersebut melibatkan dua buah bot, nombor pendaftaran KG95849TS yang membawa 12 awak-awak termasuk tekong serta KG95848TS turut membawa 13 awak-awak termasuk tekong.

Difahamkan, kesemuanya adalah warga Vietnam yang tidak boleh berkomunikasi Bahasa Inggeris mahupun Bahasa Melayu.

“Selepas semua maklumat berkaitan bot, hasil tangkapan dan kru diambil, kesemua BNAV dihalau keluar dari perairan Malaysia.

“Sesuai dengan arahan semasa kerajaan susulan wabak penyakit berjangkit COVID-19, KM Gemia telah mengekori kesemua BNAV sehingga mereka keluar dari sempadan perairan Malaysia,” kata kenyataan itu lagi.

Tindakan usaha komuniti maritim dalam bekerjasama menyalurkan laporan menerusi saluran rasmi tersebut mendapat penghargaan oleh pihak Maritim Malaysia.

“Kepentingan berbuat demikian akan membantu operasi kawalan sempadan oleh pasukan keselamatan dan agensi penguatkuasaan dilaksanakan dengan lebih berkesan lagi,” jelasnya.

Gambar: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
Gambar: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

 

𝐋𝐀𝐏𝐎𝐑𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐒𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐁𝐎𝐓 𝐍𝐄𝐋𝐀𝐘𝐀𝐍 𝐀𝐒𝐈𝐍𝐆 𝐕𝐈𝐄𝐓𝐍𝐀𝐌 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀, 𝟏𝟐 𝐌𝐞𝐢 – Hasil daripada laporan awam yang diterima…

Posted by Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia on Monday, 11 May 2020

Sumber: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

Denin

Tukang tulis untuk rakyat jelata.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.