Siakap Keli
bahaya aluminium foil
Kredit: Google

Risiko Kesihatan, Ini Sebab Kenapa Anda Perlu Henti Guna ‘Aluminium Foil’ Ketika Memasak

Sedar tidak sedar, ada perkara yang kita lakukan setiap hari membawa bahaya pada diri sendiri. Sebagai contoh, ramai yang tidak sedar bahaya memasak menggunakan kerajang aluminium atau lebih dikenali sebagai aluminium foil.

Bahan ini sering digunakan dalam proses memasak untuk membalut ayam, kentang, ikan dan sebagainya bagi memastikan masakan kekal berjus.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), tubuh badan manusia boleh menyingkirkan sejumlah kecil aluminium dengan berkesan pada kadar 40mg per kilogram berat badan setiap hari.

Namun begitu menurut Reader’s Digest, kebanyakan orang ‘menelan’ aluminium jauh melebihi dari kadar tersebut.

Dalam satu kajian mengenai ancaman aluminium terhadap kesihatan manusia, saintis mendapati kandungan aluminium yang tinggi wujud di dalam tisu otak pesakit Alzheimer yang telah meninggal dunia.

‘Pengambilan’ aluminium yang tinggi juga dipercayai mungkin boleh mengganggu pertumbuhan sel manusia dan membahayakan pesakit bermasalah tulang dan buah pinggang.

Suhu, pH makanan sebabkan aluminium melarut

Gambar hiasan. (Kredit: Google)

Kajian pada 2012 yang diterbitkan Jurnal Antarabangsa Sains Elektrokimia mendapati aluminium akan terlarut dan meresap ke dalam makanan yang dibalut menggunakan bahan itu. Proses itu bergantung kepada suhu dan pH sesuatu makanan.

“Kerajang aluminium digunakan dalam masakan menjadi saluran mudah untuk logam itu memasuki badan manusia,” lapor kajian itu yang turut disertai Ghada Bassioni, Profesor Madya dan Ketua Jabatan Kimia di Universiti Ain Shams.

“Peningkatan suhu membuatkan lebih banyak pelarutresapan. Pelarutresapan juga bergantung kepada nilai pH sesuatu makanan, garam dan rempah yang dimasukkan ke dalam larutan makanan,” tambahnya.

“Keasidan makanan akan menggalakkan pelarutresapan aluminium ke dalam makanan,” kata penyelidik.

Susulan bahaya menggunakan aluminium foil ketika memasak, orang ramai disarankan mengurangkan penggunaan bahan itu, sebaiknya menukarkannya ke inisiatif lebih selamat.

Sebagai contoh, anda boleh menggunakan bekas kaca ketika memasak sayur atau peralatan keluli tahan karat untuk membakar kentang bagi menggantikan aluminium. Malah, daun pisang juga boleh digunakan untuk membalut makanan anda ketika proses memasak.

Sumber: Reader’s Digest, Science Daily

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.