Siakap Keli

“Saya Datang Nak Jemput Kamu,” Lupa Anaknya Dah Dewasa, Ibu Sakit Alzheimer Setia Menunggu Di Tadika Setiap Hari

Seorang wanita berusia 84 tahun yang menderita penyakit Alzheimer menyentuh hati ramai orang di sebuah tadika ketika dia tiba-tiba datang untuk mengambil anak perempuannya yang telah meninggalkan sekolah itu lebih 30 tahun yang lalu.

“Ibu saya telah mengalami penyakit ini selama bertahun-tahun dan dapat ingat banyak perkara, tetapi dia masih ingat bahawa dia perlu mengambil saya yang lebih dari 30 tahun yang lalu,” kata anak perempuannya, Bai sambil menangis ketika dia tiba di tadika untuk mengambil Ibunya.

Berjalan dengan bantuan tongkat, wanita itu mengambil bas ke tadika tersebut dan memberitahu pengawal keselamatan bahawa dia datang untuk mengambil anak perempuannya yang bernama Bai.

Pengawal keselamatan tersebut walau bagaimanapun tidak dapat mencari nama anak perempuan dalam senarai pelajar sekolah dan memanggil polis untuk menghubungi anak perempuannya.

“Kenapa awak ada di sini, ibu?” anak perempuan itu bertanya.

“Saya datang untuk menjemput kamu,” ibu itu tersenyum kepada anak perempuannya.

Sumber: ECNS

Nur Farra