Siakap Keli

TERKINI: Ziarah Perayaan Hanya Dibenarkan Untuk Hari Pertama Raya Sahaja- Menteri

Aktiviti ziarah-menziarahi ketika menyambut sambutan hari perayaan adalah dihadkan pada hari raya pertama sahaja.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia juga terhad kepada ahli keluarga terdekat sahaja dan tidak melebihi 20 orang dalam satu hari.

“Bagaimanapun, jumlah 20 orang itu diambil kira ikut saiz rumah.

“Katakan rumah flat berukuran 600 kaki persegi.

“20 orang dalam satu masa mungkin terlalu ramai dan tidak boleh lakukan penjarakan sosial dalam rumah tersebut.

“Mungkin lima orang (empat kali), tetapi maksimumnya tetap 20 orang dalam satu hari tersebut,” katanya dalam Sidang Media Harian PKP hari ini.

Dalam pada itu, Ismail menambah, aktiviti penganjuran rumah terbuka juga tidak dibenarkan sama sekali.

Jelas Ismail, prosedur operasi standard (SOP) juga masih perlu diikuti oleh pengunjung rumah ketika beraya tersebut; iaitu penjarakan sosial, pemakaian topeng muka serta amalan kebersihan diri.

Katanya walaupun kerajaan memberi sedikit kelonggaran, namun orang ramai tetap perlu berhati-hati dan mengambil langkah pencegahan yang sepatutnya.

BACA: Ziarah Raya Keluarga Dalam Negeri Dibolehkan, Tapi Terhad 20 Orang Dalam Satu-Satu Masa

Sumber: RTM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.