Siakap Keli

(Video) “Saya Harapkan Keredaan,” Alunan Merdu Ayat Al-Quran Oleh Banduan Tambat Hati Ebit Lew

Pada sebelum ini, video Ustaz Ebit Lew melawat kakitangan penjara Kajang pernah menjadi tular di media sosial. Lawatannya pada ketika itu bertujuan untuk memberi semangat kepada petugas penjara yang menjalankan tugas tatkala ramai di antara kita yang terpaksa duduk di rumah bagi mengawal penularan wabak pandemik Covid-19.

Namun pada kali ini, Ustaz Ebit Lew telah kembali ke penjara Kajang dengan membawa beberapa buah mesin basuh untuk disumbangkan kepada kakitangan penjara Kajang. Pun begitu, pada kali ini apabila Ustaz Ebit Lew datang semula ke penjara tersebut, dia telah dipertemukan dengan seorang banduan yang merupakan seorang hafiz alim di situ.

Ustaz Ebit Lew sempat untuk menikmati bacaan merdu banduan tersebut. Menurut Ustaz Ebit Lew, bacaannya itu sangat merdu dan penuh dengan penghayatan sehinggakan banduan tersebut menangis ketika membacanya.

Ustaz Ebit Lew juga menyatakan bahawa banduan tersebut turut melakukan dakwah di dalam penjara itu serta banyak membantu rakan-rakannya yang lain.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti video yang dikongsi menerusi akaun Facebook Ustaz Ebit Lew seperti berikut:

Disebalik tirai besi

Sebak masa hadiahkan 3 mesin basuh 25 kg ke Penjara Kajang.Ada seorang banduan hafiz alim masa baca Al-Quran tadi. Merdu sangat bacaannya. Dia menangis masa baca. Ramadan ini terasa sampai ke hati bacaannya. Menangis waktu saya tanya tentang mak ayah. Beliau banyak berdakwah dalam penjara dan membantu rakan lain.Hasrat Pengarah dan semua warden ingin menjadikan penjara seperti universiti. Moga menjadi asbab kebaikan.

Posted by Ebit Lew on Tuesday, 12 May 2020

Sumber: Ebit Lew

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.