Siakap Keli

Wanita Kongsi Resepi Buat Lemang Moden Hanya Guna Air Fryer

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah melarang segala aktiviti pergerakan dan perhimpunan secara berkumpulan bagi mengekang wabak Covid-19.

Penguatkuasaaan larangan ini, menyebabkan semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup, kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian.

Namun, sempena Syawal yang bakal menjelang, sukar untuk kita mencari lemang atau ketupat yang dijual di tepi jalan ekoran PKP yang sedang dilaksanakan sehingga ke hari ini.

Seorang wanita, Nor Nisrin berkongsi resepi membuat lemang moden dengan hanya menggunakan Air Fryer.

Menurutnya, dengan pertolongan suaminya untuk membuat buluh, resepi tersebut diambil secara  turun temurun daripada ayahnya sendiri yang menjual lemang  pada setiap tahun.

Semoga bermanfaat.

  • Siang-siang kena potong buluh berpeluh husband kata…  air fryer saya 2.4liter muat untuk 10btg buluh saiz sederhana. Tinggi dia 4 1/2 inci tanpa guna basket.. jadi ukur 1/2inci untuk tapak 4inci untuk bahagian atas…nak bersihkan buluh pakai kain bersih je lap kan…
  • Pulut tu saya guna 1/2kg rendam 6 jam dengan air biasa.. lepas basuh bersih tos kan then bole mula bancuh santan dia..santan pekat guna sebiji kelapa kemudian tambah 1 liter air.. buh garam n ajinamoto sesiap.. Ayah saya cakap rasa santan tu mesti mcm air laut baru masuk pulut.. rendamkan 1jam lagi..
  • Dah cukup 1jam bole masukkan pulut 3/4 ke dalam buluh (jangan lupa hentakkan bagi mampat sikit).. Selebihnya masukkan santan sampai penuh..tengah tu saya letakkan mangkuk supaya buluh x jatuh sbb x guna basket kan.
  • Ni first batch masa masak..saya guna suhu 150′ 25 minit.. nak cek masak ke tidak saya guna ‘cake tester’..ada rasa berderap masa cucuk maksudnya x full masak tengah dia jadi saya tambah lagi 10min.. Alhamdulillah cun je masak pulut tu..
  • Jenis x reti tunggu sejuk amik sebatang terus nak potong suruh anak yg x puasa rasa.. 
  • Alhamdulillah… pulut masak cun dan berminyak, x melekat senang je keluarkan dari buluh.. jadi buluh bole repeat guna lagi.. yang penting balut dengan kain basah bagi tahan lama hayat buluh tu..
  • Pulut lembut, lemak dan cukup rasa.. gu pulak dengan rendang ayam resepi Dato Rizalman.. uisyyy.. Terima kasih ayah, sampai jadi lemang anak ayah buat.. tapi kalau dapat balik raya boleh lah buat untuk ayah rasa lemang bakar versi moden

Sumber: Nor Nisrin

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.