Putrajaya, 14 Mei – Penganjuran majlis perkahwinan masih belum boleh dilaksanakan ketika ini, namun pernikahan tetap dibenarkan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media sebentar tadi.
“Kahwin (nikah) boleh, kita dah benarkan. Gunakan berbagai-bagai cara, online dan sebagainya.
“Tetapi majlis perkahwinan masih belum boleh dilaksanakan kerana perhimpunan ramai masih dalam senarai terlarang ataupun negative list dalam Akta 342 peraturan. Jadi masih tidak boleh. Jadi sabarlah dulu ye.
“Apa-apa hal pun, nikah dulu. Bila keadaan dah selesai, kita dah benarkan, boleh buat majlis,” katanya ketika menjawab soalan wartawan.
Sumber: Bernama TV