Pernahkah sesetengah daripada kita mempunyai masalah blackhead ataupun whitehead? Ianya sering terjadi pada bahagian muka terutamanya di bahagian hidung. Namun, tahukah kita bahawa ada cara untuk menghilangkan masalah tersebut tanpa merasa sakit ataupun menggunakan alat-alat yang mahal.
Pengguna Twitter bernama Sarini Zainal telah berkongsi tips untuk menghilangkan masalah blackhead dan whitehead ini dengan mudah.
Berikut 6 tips yang dikongsi oleh Sarini.
Harini saya nak share #teknik155 untuk buang Blackhead / Whitehead tanpa menyakitkan, tanpa membesarkan lagi pori, tanpa tools mahal. Kalau konsisten, memang dah tak ada hidung berbiji-biji dan berbintik hitam lepas ni. Kita nak buang benda dlm gambar ni 👇🏼 pic.twitter.com/yf3jKWFESD
— Sarini Zainal (@sarinizainal) May 13, 2020
Teknik ni dah lama saya buat, saya pernah cerita di personal Instagram Dec 17.Sejak akhir2 ni ramai pula mengadu banyak blackhead, ramai juga DM saya cerita suka picit blackhead, tp tetap ada balik. Sampai merah2 hidung dipicitnya. Jadi saya share balik ya.
— Sarini Zainal (@sarinizainal) May 13, 2020
Saya guna Cleansing Oil. Cleansing Oil yang diurut perlahan sehingga menghasilkan sedikit haba boleh mencairkan segala minyak, kotoran, membersihkan pori tersumbat dengan baik.
— Sarini Zainal (@sarinizainal) May 13, 2020
Step 1: Pilih Cleansing Oil kegemaran anda. Di dalam gambar ini, saya gunakan Skin Reset. Saya lebih sukakan non-emulsifying Cleansing Oil untuk tujuan urutan, kerana ia lebih lembut dan kekal lama di wajah.
— Sarini Zainal (@sarinizainal) May 13, 2020
Kalau nak pakai yg emulsify, pastikan muka kering, tangan kering, jangan berpeluh. Sebab nak urut ni lama, nanti berpeluh habis oil tu jadi bersusu dan tak dapatlah nak capai tujuan asal kita.
— Sarini Zainal (@sarinizainal) May 13, 2020
Step 2: Urut pada muka yang kering. Urut selama 5-10 minit. Lenguh? Teruskan. Jika mampu, sehingga 20 minit atau apabila anda terasa wajah sedikit 'suam' dan timbul biji-biji halus. Paling elok, 15 minit.
— Sarini Zainal (@sarinizainal) May 13, 2020
Step 3: Bersihkan tangan anda. Tangan je, jangan muka tau. Kalau tangan rasa berminyak boleh bilas dengan sabun, lap.
— Sarini Zainal (@sarinizainal) May 13, 2020
Step 4: Ambil air suam, celupkan tangan, dan urut wajah. Ulang step ni beberapa kali sampai rasa berminyak tu dah berkurangan. Berkurangan ya, bukan hilang sepenuhnya.
— Sarini Zainal (@sarinizainal) May 13, 2020
Step 5: Ambil Cotton Pad atau kain lembut, lapkan wajah anda. Jika bahagian hidung itu banyak whitehead/blackhead, tekan perlahan. Anda akan dapati blackhead serta whitehead sangat mudah keluar dengan banyaknya. pic.twitter.com/li4isiEd5y
— Sarini Zainal (@sarinizainal) May 13, 2020
STEP 6: Setelah berpuas hati, ambil pencuci muka, gosokkan di tapak tangan sehingga berbuih, kemudian urut muka. Bilas dengan air, sehingga tiada rasa berminyak.
Boleh buat seminggu sekali. Malas? 2 minggu sekali pun boleh.
— Sarini Zainal (@sarinizainal) May 13, 2020
Saya dah share di Instagram @thepastelsshop semalam. Terus ramai yang teruja nak cuba dan cakap berhasil. Istilah muka licin bagai telur dikupas tu tak mustahil. Asalkan konsisten dan rajin. Tak perlu produk mahal (tp kalau mampu apa salahnya) hehe. pic.twitter.com/CygFDp9mjR
— Sarini Zainal (@sarinizainal) May 13, 2020
Di sini ramai adik2 muda remaja kan? Satu sahaja pesanan saya, jangan picit ya. Please. Nanti dah lekuk, lubang2, pori membesar… Susah sgt nak hilang. Bila umur 30an, kolagen dah kurang, makin besar lekuk dan pori tu nampak. Waktu muda, jaga elok2.
— Sarini Zainal (@sarinizainal) May 13, 2020
Tak perlu barang mahal, cuma elakkan harsh chemical, jangan sentuh muka atau picit muka terutama bila kuku panjang, jaga pemakanan, kebersihan, rutin asas – insyaAllah akan okay. Selamat mencuba!
— Sarini Zainal (@sarinizainal) May 13, 2020
Sumber: Sarini Zainal