KUALA LUMPUR, 15 Mei — Garis panduan Operasi Bil. 2 Tahun 2020 berkaitan pindaan Anggaran Cukai (CP204) pada bulan ketiga ansuran yang jatuh dalam tahun kalendar 2020 dan penangguhan bayaran Anggaran Cukai (CP204 dan CP500) di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 (PRE) telah dimuat naik dalam portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
LHDN dalam kenyataan hari ini berkata garis panduan untuk rujukan pembayar cukai itu boleh diakses dan dimuat turun di laman web http://www.hasil.gov.my/.
Ia boleh diakses dengan klik pada laman utama – perundangan – garis panduan operasi – pindaan Anggaran Cukai (CP204) pada bulan ketiga ansuran yang jatuh dalam tahun kalendar 2020 dan penangguhan bayaran Anggaran Cukai (CP204 dan CP500) di bawah PRE.
Bagi capaian pantas, klik pada pautan http://lampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/GPO_2_2020_1.pd, menurut kenyataan itu.
Orang ramai boleh menghubungi Hasil Recovery Call Centre (HRCC) di talian 03-8751 1000 untuk sebarang pertanyaan lanjut.
Maklum balas berkaitan juga boleh dimajukan kepada LHDN melalui HASiL Live Chat, borang maklum balas di portal rasmi LHDN di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/ dan media sosial rasmi iaitu Facebook https://www.facebook.com/LHDNM dan Twitter https://twitter.com/LHDNMofficial.
Sumber: BERNAMA