Siakap Keli

Pelakon Korea, Park Ji-Hoon Meninggal Dunia, Dipercayai Akibat Kanser Perut

Pelakon terkenal Korea, Park Ji-Hoon, 31, dilaporkan meninggal dunia pada 11 Mei lalu, dipercayai akibat komplikasi kanser perut.

Memetik laporan CNN Indonesia, bagaimanapun berita kematian bintang drama Chicago Typewriter  itu hanya dihebahkan pihak keluarga melalui akaun Instagramnya pada 14 Mei, semalam.

“Kami membuat hebahan ini kerana khuatir ada beberapa orang terdekat yang belum mengetahuinya.

“Terima kasih kerana ramai orang menghiburkan kami sekeluarga. Kami tidak akan melupakan hal itu,” tulis wakil keluarga mendiang.

Merujuk pada gambar terkini yang dimuat naik di Instagram mendiang, tertera satu keping gambar menunjukkan beberapa kalungan bunga yang digunakan untuk kematian.

View this post on Instagram

* 실수로 연락 못 드린 분들이 있으실까 염려되어 따로 글을 올립니다. 코로나19 확산에도 불구하고 따뜻한 위로와 격려를 보내주신 것에 대해 깊은 감사드립니다. 덕분에 제 동생.. 하늘 나라로 잘 보냈습니다. 저 뿐만 아니라 저희 가족들에게 정말 큰 힘이 되었습니다. 잊지 않고 기억하겠습니다. 항상 코로나 바이러스 조심하시고 늘 건승하시길 바라겠습니다. 다시 한번 깊은 감사의 뜻을 전합니다. 혹시나 시간이 안돼서 못 오신 분들을 위해 안치된 장소 알려드립니다. *일산 푸른솔 추모공원* 3층 고급 2호실 23열 4단 故박지훈 기일: 5월 11일 49재일: 2020년 6월 28일 일요일

A post shared by 박지훈 (@cocohuni_) on

Memetik CNN Indonesia lagi, kapsyen gambar berkenaan menerangkan bahawa mendiang akan disemadikan di Ilsan Blue Soul Memorial Park, tingkat tiga, bahagian dua, baris ke-24 pada 15 Mei, hari ini.

“Terima kasih kepada anda, kami telah menghantar Park Jihoon ke syurga. Ini adalah dorongan besar untuk semua ahli keluarga. Kami tidak akan melupakannya dan akan mengingatnya selama-lamanya.

“Sekali lagi, kami benar-benar berterima kasih,” kata pihak keluarga.

Sumber: CNN Indonesia, Kstar Live

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.