Seorang pemain bola sepak Turki didakwa membunuh anaknya sendiri kerana dikatakan kerana tidak ada perasaan sayang lagi kepada anak itu.
Cevher Toktas yang berumur 32 tahun membunuh anaknya yang berusia 5 tahun dengan menekup bantal pada muka sehingga mati.
Pada 23 April yang lepas, Cevher membawa mangsa ke sebuah hospital kerana mangsa mengalami simptom demam panas dan kesukaran bernafas. Mereka berdua kemudiannya dikuarantin di hospital tersebut kerana disyaki positif COVID-19.
Cevher kemudiannya mendakwa anak lelakinya itu semakin sukar untuk bernafas. Walaupun cuba untuk diselamatkan oleh para doktor, namun anaknya itu akhirnya disahkan meninggal dunia.
Tetapi, pada 4 Mei yang lalu, Cevher pergi ke sebuah balai polis dan menjelaskan bahawa dia sebenarnya telah membunuh anaknya itu.
Menurut penjelasan Cevher, dia tiada sebab yang lain untuk membunuh anaknya itu selain daripada sudah tidak menyayanginya lagi.
“Saya tidak mempunyai masalah mental,” kata Cevher yang bermain untuk pasukan Bursa Yildirimspor di Turki.
Berdasarkan New York Post, pemain bola sepak itu kemudiannya ditahan, sementara mayat anaknya telah digali semula untuk dibedah siasat.


Sumber: New York Post