Kekuatan seorang ibu tidak sama seperti insan lain. Biarpun diri sendiri ditimpa kesakitan, seorang ibu tetap tabah dan kuat berjuang demi insan tersayang terutamanya anak-anak.
Dalam perkongsian seorang gadis di Twitter, Arira, dia menceritakan bagaimana ibunya yang terlantar sakit tetap berusaha memenuhi keperluannya biarpun kemampuan sendiri terhad.
Katanya, ibunya tetap berusaha mengengsot ke dapur semata-mata untuk menyediakan makanan buatnya yang terlantar akibat kanser.
“8 tahun lepas, kami berdua dua-dua tak boleh berjalan. Dua-dua hanya terlantar atas tilam. Aku sebab kanser dan mak sebab kemalangan waktu nak carikan ais krim untuk aku. Waktu tu susah sangat. Tiada siapa nak jaga kami sebab keluarga ada yang masih belajar dan kerja,” tulisnya.
8 tahun lepas, both of us dua2 tak boleh berjalan. Dua2 hanya terlantar atas tilam. Aku sebab kanser dan mak sebab accident waktu nak carikan aiskrim untuk aku. Waktu tu susah sangat. Takde sape nak jaga kitorang sbb family ada yg masih belajar dan kerja. pic.twitter.com/UGYtYgZKn8
— Arira 🦄 (@cassablancaaaaa) May 14, 2020
Walaupun kaki penuh besi, mak masih mengengsot ke dapur
Even mak kaki dia penuh besi, mak masih mengensot ke dapur untuk sediakan makanan (nti kt dapur mak duduk atas kerusi untuk masak). Serius mak tabah gila. Bila aku nak buang air besar/kecil mak la yang uruskan walaupun keadaan dia sama je dengan aku. Tapi mak lagi tabah
— Arira 🦄 (@cassablancaaaaa) May 14, 2020
Selalu tengok cerita sama-sama
Yang paling best kitorang selalu tgk cerita hantu sama2 sbb tiap hari terlantar atas tilam kan. Nak tido pun dh tak lalu. So, habiskan masa tengok tv sama2 😂. Bila ingt balik waktu dulu, aku rasa dah tak mampu nak sekuat itu. Syukur masih diberi kesempatan untuk sihat semula.
— Arira 🦄 (@cassablancaaaaa) May 14, 2020
Kini pakai motor elektrik, siap tolong jiran
Haa sekarang dua2 dah tak payah nak bergantung dengan org lain. Mak dah pandai bawak motor elektrik dia pergi kedai. Siap tlg jiran lagi 😂. Biarlah semua tu jadi kenangan 😢. Mak manusia paling tabahhh 😭
— Arira 🦄 (@cassablancaaaaa) May 14, 2020
Kisah dua wanita tabah ini mendapat perhatian lebih 12.8 ribu warga maya yang rata-rata tersentuh dengan kekuatan mereka.
Perempuan ni lemah fizikal, tapi kuat semangat untuk hidup
Mak ialah ‘superhero’ sejati
Menangis baca
Sumber: Arira