Siakap Keli

Wuhan Sedang Lakukan Ujian Saringan COVID-19 Besar-Besaran Kepada 11 Juta Penduduk

Ujian saringan COVID-19 sedang dijalankan di Wuhan, China selepas wabak itu menyerang Disember lalu.

Menurut laporan, pegawai bertugas dan pihak berkuasa berharap mereka dapat memeriksa kesemua 11 juta penduduk wilayah itu.

Difahamkan, pihak berkuasa berjanji untuk melakukan ujian kepada 11 juta penduduk selama 10 hari.

Setakat ini, seramai 3 juta penduduk telah disaring sejak April lalu.

Tindakan ini diambil setelah Wuhan mencatatkan kes baru buat pertama kalinya selepas sebulan pada hujung minggu lalu, dengan pertambahan lima jangkitan baru hari Isnin lalu.

Sumber: BBC

Nur Farra