Siakap Keli
Gambar: Mizan Dmhba

“Dia Sedang Kutip Sisa Roti Untuk Dimakan,” Pakcik Selongkar Tong Sampah Undang Sebak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Di bulan Ramadan yang mulia ini, media sosial sering memaparkan pelbagai kisah keperitan hidup yang dilalui oleh golongan yang kurang bernasib baik.

Namun, wujudnya beberapa pihak yang sanggup membantu golongan tersebut tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

Terbaru, pengerusi badan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Generasi Malaysia, iSejahtera, Mohammad Hamizan Amzah  berkongsi mengenai kisah seorang warga emas yang mencari makanan di dalam tong sampah menerusi kiriman di Facebook.

Dalam perjalanan dari Pengkalan Chepa nak ke Ketereh kelantan untuk agihan sumbangan,kami terserempak seorang pak cik yang sedang selongkar tong sampah,saya mntk anak buah hentikan kenderaan dan dekati pakcik tu..ternyata dia sedang kutip sisa roti untuk dimakan..Allahurabbi..kami berikan beras dan duit zakat untuk belanja dia..Masih ramai yang perlukan keprihatinan kita 
#iSejahteraMalaysia

Dihubungi Siakap Keli menerusi Facebook yang bernama Mizan Dmhba, Hamizan berkata bahawa pasukannya sedang menjejaki rumah warga emas tersebut.

Menurutnya, dia juga sendiri turun padang untuk mencari warga emas tersebut.

Pasukan saya dah jumpa tapi dia malu nak bawa ke rumah kerana tak ada elektrik dan rumah buruk.

Saya sendiri turun cari dia di Pasir Hor dengan bantuan warga setempat yang memberikan maklumat, orang memang selalu nampak dia kutip sampah dekat kawasan ini.

Semoga segala usaha yang dilakukan oleh mereka beroleh ganjaran yang sebaiknya.

Sumber: Mizan Dmhba

Sofea

Iqra'.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.