Siakap Keli

“Sayang, Terima Kasih,” Anggota Polis Bantu Urusan Warga Emas Ini Raih Pujian Warganet

Seperti sedia maklum, petugas barisan hadapan sentiasa memberikan yang terbaik bagi memerangi wabak pandemik Covid-19 ini. Bukan sahaja melawan Covid-19, para petugas juga turut menyantuni masyarakat dengan penuh adab.

Satu gambar yang tular di media sosial menunjukkan bahawa tugas mereka bukan sahaja menjaga kesejahteraan dan keharmonian masyarakat, malah mereka ini adalah insan yang boleh diharap sekiranya masyarakat memerlukan apa-apa pertolongan daripada mereka.

Seperti yang dikongsikan oleh akaun Facebook Polis Diraja Malaysia, seorang anggota polis bernama Koperal Muhammad Azizi Matshah telah membantu seorang warga emas berbangsa cina membayar bilnya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

“Sayang…sayang, terima kasih,” ucap seorang wanita warga emas dengan mesra kepada Koperal Muhammad Azizi Matshah selepas anggota berkenaan membantunya menyelesaikan urusan pembayaran bil di Pejabat Pos berhampiran Pasar Jalan Othman, Petaling Jaya.

Gelagat wanita itu dirakam oleh lensa “team” Facebook Polis Daerah Petaling Jaya selepas beliau dilihat agak keletihan sebelum meminta bantuan anggota polis yang sedang bertugas di kawasan bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkenaan.

#PKPB #COVID-19PIC OF THE DAY: 'SAYANG, TERIMA KASIH' "Sayang…sayang, terima kasih," ucap seorang wanita warga…

Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Saturday, 16 May 2020

Tindakan murni Koperal Muhamaad Azizi Matshah itu sekaligus telah mendapat pujian daripada warganet. Ternyatalah ungkapan bahawa polis dan masyarakat berpisah tiada itu benar.

Ada juga warganet yang turut menzahirkan rasa terima kasih kerana kebaikan hati Koperal Muhamaad Azizi Matshah itu membantu warga emas tersebut.

 

Sumber: Polis Diraja Malaysia

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.