Siakap Keli

TERKINI COVID-19: 47 Kes Baharu Dilaporkan Termasuk 17 Kes Babitkan Warga Asing – KKM

Sebanyak 47 kes jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan kes terkini berjumlah 6,941 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif terkini adalah sebanyak 1,213 kes.

“21 kes daripadanya adalah kes import, manakala 26 kes lagi adalah kes penularan tempatan dengan 17 kes melibatkan warga asing.

“Sebanyak 13 kes kini dirawat di pusat rawatan rapi dan enam (6) kes bergantung pada alat bantuan pernafasan,” katanya dalam sidang media hari ini.

Dalam pada itu, tambah Hisham, tiada sebarang kematian terkini yang dicatatkan.

Angka kematian kekal 113 kes bersamaan 1.63 peratus daripada keseluruhan kes.

Sidang Media: Perkembangan COVID-19 Di Malaysia

Sidang media oleh YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Monday, 18 May 2020

Sumber: RTM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.