Utama

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

14 Warga Asing Ditahan Disyaki Menggunakan MyKad Palsu
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah menahan 14 orang warga asing yang disyaki menggunakan MyKad palsu serta seorang lagi didakwa menggunakan MyKad milik orang lain.
Menerusi laporan yang dimuat naik di laman Facebook JPN, Operasi Terancang JPN (Ops Vape) berkenaan yang bermula pada jam 7.30 malam hingga 10.30 malam itu dijalankan di Teluk Panglima Garang, Banting pada 14 Januari lalu.
Difahamkan, operasi tersebut merupakan operasi bersepadu yang melibatkan kerjasama Bahagian Siasatan Khas (BSK) JPN, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK).
JPN turut melaporkan bahawa pemeriksaan yang dijalankan membabitkan kira-kira 500 orang pekerja kilang.
“Hasil Operasi mendapati 15 kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 iaitu 14 kes melibatkan penggunaan MyKad palsu dan satu kes menggunakan MyKad milik orang lain,” maklum jabatan berkenaan.
Sementara itu, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) turut bakal menjalankan pemeriksaan lanjut terhadap 219 orang pekerja asing manakala lima saman telah dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Kerja yang melibatkan kesalahan bawah Akta Pekerja.
JPN turut memaklumkan kehadiran Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Datuk Badrul Hisham Alias yang turut serta dalam operasi berkenaan.
Kehadiran kedua-dua pemimpin tersebut disifatkan sebagai tanda komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan pematuhan undang-undang serta integriti sistem pendaftaran negara sentiasa terpelihara.
Sumber: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)