Apabila kita bercakap tentang rezeki, pelbagai jenis rezeki dapat dikategorikan termasuk rezeki dapat membeli kereta, rezeki mampu beli rumah ataupun rezeki memiliki keluarga yang bahagia.
Dalam konteks ini, apa yang penting adalah usaha dan percaya bahawa rezeki itu pasti ada namun cara diberikan berbeza.
Berdasarkan perkongsian oleh @kroolnizam di Twitter, dia berkongsi kegembiraan dapat memiliki rumah sendiri dan tidak membandingkan rezeki yang kita perolehi dengan orang lain.


Cuma kita kena percaya je ngn rezeki yg Allah bagi.pace setiap org x sama.jangan bandingkan pace org ngn pace kita.ada org sebelum umur 30 dah ada keta,ada yg lepas 45 tahun baru dpt PHD.rezeki masing2.kita jangan mengeluh tgk org lain cepatnya dpt itu ini.
— KnizaM Leo H (@kroolnizam) May 16, 2020
Allah kalau Dia nak bagi rezeki,Dia akan bagi pada masa yg tepat.lambat atau cepat je.jadi usaha dan sabar.tak perlu bandingkan kita ngn org lain,pace masing2 lain kan.just kita plan timeline kita dan paling penting financial kita.ingat mcm ni je,kalau nak apa2 kenala berkorban
— KnizaM Leo H (@kroolnizam) May 16, 2020
Disiplin tu penting.nak buat apa pun kena ada disiplin yg tinggi.dan paling penting jaga keberkatan dalam rezeki kita.time keja kita keja btul2.rezeki lebih tu share2la ngan parent kita.mcm aku pun,tak penah terfikir pun nak beli umah dlm masa terdekat ni.
— KnizaM Leo H (@kroolnizam) May 16, 2020
Tp mcm aku ckp tadila rezeki Allah,kalau dia datang,mmg perfect time.kalau blum dpt maknanya usaha kita blum cukup lagila tu.bersangka baik ngn Allah k.kita ingat Dia,Dia akan ingat kita balik btul kan.aku doakan sapa2 yg baca ni moga Allah murahkan rezeki anda smua amin
— KnizaM Leo H (@kroolnizam) May 16, 2020
Sumber: @kroolnizam