(Video)“Kawan-Kawan, Tolong Report…”, Youtuber Sugu Pavithra Nafi Buka Akaun Facebook & Instagram

Nur Adnin

Pasangan Youtuber yang terkenal dengan video masakan India, Sugu Pavithra membuat penafian tentang kewujudan akaun Facebook dan Instagram yang menggunakan nama mereka.

Sebaliknya, akaun yang wujud di media sosial tersebut adalah akaun palsu.

Pavithra berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini setelah mendapat maklumat ada pihak tidak bertanggungjawab telah mewujudkan akaun itu atas nama mereka.

“Saya berharap jasa baik kawan-kawan, tolong report kan pihak yang tidak bertanggungjawab ini.

“Selepas ini kalau kami sudah ada akaun Facebook dan Instagram dengan nama kami, saya akan bagitahu dalam Youtube channel saya ya,” katanya.

Penafian tersebut boleh dirujuk dalam pautan video di bawah.

Sumber: BERNAMA TV