Selepas seharian anda berpuasa menahan lapar dan dahaga. Pastinya saat berbuka lah yang paling dinantikan. Anda tidak akan berganjak dari tempat makan anda selagi anda belum berasa kenyang. Tahukah anda, makan secara berlebihan ketika berbuka puasa akan membuatkan perut anda terkejut dengan penerimaan makanan setelah seharian kosong. Ini akan memberi kesan kepada perut anda. Mungkin ada akan mengalami ketidakselesaan pada perut atau cirit birit.
Secara amnya, cirit birit boleh berlaku disebabkan oleh makanan yang tercemar atau menyentuh makanan dengan tangan kotor. Cirit birit akan menganggu aktiviti seharian anda. Terdapat beberapa kaedah untuk anda melegakan sakit perut akibat cirit birit yang anda hadapi selepas makan.
Kaedah bagi melegakan cirit birit yang sedang dialami
Kadangkala, masalah cirit birit yang dialami tidak semestinya berpunca daripada faktor pencemaran bakteria pada makanan semata-mata.
Ada masanya ia disebabkan oleh faktor gaya hidup dan pemakanan kita sendiri yang tidak teratur.
#1. Minum banyak air
Setiap kali anda cirit birit, minum sekurang-kurangnya segelas air.
Antara jenis minuman yang boleh diambil adalah seperti air kosong, jus buah-buahan atau sebarang sup yang berperasa.
Ini kerana, garam dalam minuman seperti ini membantu memperlahankan kehilangan cecair dalam tubuh dan gula pula membantu tubuh badan untuk menyerap kandungan garam.
Ubat sakit perut cirit birit #2: makan hidangan yang kecil
Apabila anda makan makanan dengan kuantiti yang terlalu banyak, ia akan merangsang saluran gastrousus untuk lebih aktif.
Jika keadaan ini berlaku, ia akan memburukkan lagi keadaan cirit birit yang sedang anda alami. Oleh itu, anda boleh cuba untuk makan hidangan makanan yang lebih kecil selepas ini.
Ia membantu perut anda untuk lebih mudah memproses makanan.
#3. Elakkan minuman terlalu panas atau terlalu sejuk
Jika anda ingin mengambil sebarang minuman, elakkan daripada minum minuman dengan suhu yang terlalu panas atau terlalu sejuk.
Minumlah minuman dengan suhu bilik atau sedikit suam. Minuman yang terlalu panas atau sejuk hanya akan menambahkan rasa loya atau mual.
#4. Elakkan makanan bergoreng
Jika anda ingin makan daging, ikan mahupun ayam, adalah lebih baik jika anda memasaknya dengan kaedah memanggang atau merebus.
Elakkan daripada menggoreng kerana makanan bergoreng hanya akan memburukkan keadaan cirit birit yang dialami.
#5. Jangan minum minuman berkafein atau beralkohol
Tahukah anda minuman yang mempunyai kandungan kafein atau alkohol hanya akan memburukkan lagi cirit birit anda.
Ini kerana kafein dan alkohol boleh merengsakan saluran pencernaan dalam tubuh anda.
Ubat sakit perut cirit birit #6: makan makanan untuk cirit birit yang kaya probiotik
Probiotik adalah sumber bagi bakteria baik yang memainkan peranan penting dalam saluran pencernaan tubuh manusia. Ia berfungsi mewujudkan usus yang sihat bagi tubuh.
Jika anda ingin mendapatkan makanan untuk cirit birit seperti probiotik ini, anda boleh cuba jenis makanan seperti berikut:
Kadangkala, cirit birit yang berlaku adalah disebabkan oleh kandungan bakteria yang tidak seimbang dalam usus anda.
Dengan memakan makanan untuk cirit birit yang kaya dengan bakteria baik, ia membantu menyeimbangkan semula bilangan bakteria baik tersebut.
#7. Makan makanan untuk cirit birit: makanan BRAT
Ubat sakit perut cirit birit lain yang mudah untuk dilakukan di rumah adalah dengan mengambil makanan-makanan BRAT.
Makanan BRAT adalah jenis makanan yang rendah kandungan serat yang boleh membantu mengeraskan najis anda.
Makanan BRAT ialah pisang (bananas), nasi putih (rice), sos epal (applesauce) dan juga roti (toast).
#8. Makan ketika berasa lapar
Ubat sakit perut cirit birit ke-8 adalah makan apabila perut berasa lapar.
Jangan sesekali memaksa tubuh anda untuk makan ketika perut tidak lapar. Ini kerana ia hanya akan memburukkan simptom cirit birit anda.
Makan mengikut keperluan tubuh anda sahaja dan jangan makan secara berlebihan.
#9. Jangan makan buah-buahan atau sayuran yang boleh menyebabkan kembung perut
Terdapat beberapa jenis buah-buahan dan juga sayur-sayuran yang boleh meningkatkan jumlah gas usus jika anda memakannya semasa cirit birit.
Jika gas usus meningkat, maka cirit birit yang dialami hanya akan bertambah buruk.
Antara makanan yang boleh menyebabkan kembung perut ialah buah prun, beri, kekacang, kacang pis, brokoli, jagung dan sayuran berdaun hijau.
Kesimpulan
Dengan mengubah beberapa gaya hidup terutamanya yang berkaitan dengan diet atau corak pemakanan, kami pasti ia boleh menjadi sebagai salah satu ubat sakit perut cirit birit anda.
Makanlah beberapa jenis makanan untuk cirit birit bagi membantu anda melegakan simptom yang dialami.
Selain itu, elakkan juga beberapa jenis makanan yang berpotensi memburukkan keadaan cirit birit anda.
Sumber: Hellodoktor.com