Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaporkan bahawa negara Malaysia menduduki tangga ke-40 dari 42 buah negara dan wilayah yang mempunyai kadar kesembuhan melebihi 80%.
Perkara tersebut dibuktikan dengan jumlah kes sebanyak 6,941 kes dan 113 kes kematian yang dilaporkan sehingga hari ini.
Jumlah keseluruhan kes COVID-19 yang dilaporkan di seluruh dunia sehingga kini berjumlah 4,786,672 kes. Kes kematian pula dilaporkan berjumlah 317,695 kes. Manakala jumlah kes yang sembuh adalah sebanyak 1,776,641 kes.

Negara India adalah negara yang ke-11 yang mencatatkan kes melebihi 100,000 kes.
Negara Malaysia menduduki tangga ke-40 dari 42 negara dan wilayah yang mempunyai kadar kesembuhan melebihi 80%. pic.twitter.com/RnqDXl8smi
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) May 19, 2020
Sumber: KKM