Pernahkah anda semua terutamanya para ibu bapa mengamalkan petua meletakkan bawang putih di dalam stokin untuk kebahkan demam?
Sejauh manakah keberkesanan petua ini?
Dr. Nimelesh melalui Twitter miliknya menjelaskan petua ini. Menurut beliau, cara ini berpotensi menyebabkan lecuran pada kulit bayi.


Menurut Dr. Nimelesh, jika anak anda yang berumur 2 tahun kebawah menghidapi demam, segeralah bawa ke klinik.
“Kalau bayi sebulan ke bawah- demam, perlu admit terus. Kalau kanak kanak demam 2-3 hari pun, jangan tunggu. Terus ke klinik, check,” tulis Dr. Nimelesh.
Doktor Kenapa kulit bayi I macam ni?
Ada ibu bapa yang mengamalkan petua stockin bawang putih apabila anak mereka demam.
Be Careful! Bawang putih ada kompound yang bernama diallyl disulfide yang boleh menyebabkan iritasi kulit sampai melecet atau melecur. (chemical burn) pic.twitter.com/TEOlhuy3sY
— Nimelesh (@HausofHilton) May 20, 2020
Kalau demam, please bawa ke klinik. Especially Kanak Kanak 2 tahun ke bawah . Kalau baby sebulan ke bawah- demam, perlu admit terus.
Kalau kanak kanak demam 2-3 hari pun, Jangan tunggu. Terus ke klinik check
— Nimelesh (@HausofHilton) May 20, 2020
Sumber: Nimelesh