Siakap Keli

Lelaki Ini Minta Tolong Cari Abang Posmen Dalam Gambar, Nak Bantu Beri Sumbangan

Beberapa hari lalu, tular mengenai kisah seorang pekerja Pos Malaysia yang dikatakan menangis termenung mengenangkan nasib apabila mendapat tahu mereka tidak memperoleh bonus pada tahun ini.

Perkongsian tersebut ternyata meruntun hati netizen yang bersimpati dengan nasib pekerja tersebut.

Tolong saya cari rider ini

Susulan itu, seorang lelaki yang dikenali sebagai Steven Mak menerusi Twitter tampil meminta warganet untuk mencari pemuda tersebut untuk diberikan bantuan.

”Tolong saya untuk ‘retweet’ dan mencari rider ini. Saya akan membantunya jika Pos Malaysia tidak berbuat demikian. Terima kasih dan selamat bersahur,” kata beliau.

Sesiapa yang mempunyai maklumat, bantuan anda amatlah dihargai

Beliau turut meminta sesiapa yang mendapat maklumat mengenai lelaki ini untuk menghubungi beliau secara peribadi dan tidak mendedahkannya secara umum.

Setakat ini, kata Steven beliau masih belum menjumpai pemuda tersebut dan menghargai usaha mereka yang terus membantunya dalam pencarian tersebut.

Saya harap dapat berjumpanya

Tambah Steven, beliau memahami bagaimana perasaan lelaki tersebut yang hidup dalam kesempitan dan perkara tersebut jelas mengganggunya.

Perkongsian yang mendapat 1.2k ‘likes’ dan 2.1k ‘retweets’ itu turut dibanjiri dengan komen netizen yang memuji usaha Steven.

Moga Tuhan membalas kebaikan anda

Kami doakan semoga usaha murni Steven Mak untuk menemui pemuda ini berhasil. Terima kasih Tuan atas kebaikan anda, moga Tuhan membalasnya.

Sumber: Steven Mak

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.