Siakap Keli

‘Runner’ Terima Upah Berserta Nota Minta Didoakan Rezeki Zuriat Buatnya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pandemik Covid-19 yang telah menular di seluruh dunia menyebabkan seluruh negara mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengekang wabak ini.

Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) yang telah bermula pada 18 Mac lalu, menyebabkan ramai yang menggunakan khidmat pihak ketiga seperti  servis penghantaran makanan demi mengehadkan pergerakan setiap isi rumah.

Perkhidmatan mereka ini nyata banyak membantu sepanjang pelaksanaan PKP ini. Seorang individu dipercayai penghantar makanan berkongsi rezeki yang diterima oleh seorang penggunanya.

Menurut Ijam Shahnon, dia menerima upah berserta nota meminta didoakan dipermudahkan urusannya untuk mendapatkan zuriat.

Bismillah. Semoga akak yang beri tips ni dikurniakan zuriat olehNya. Amin pic.twitter.com/LHG9OIwRFY

— . (@IjamShahnon) May 20, 2020

Sumber: Ijam Shahnon

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul

Nur Farra