Sebanyak 400 buah teksi ComfortDelGro di Singapura akan dipasangkan dengan pelindung plastik bagi memastikan penjarakan sosial dipatuhi antara pemandu dan penumpang. Namun, teksi-teksi itu digunakan hanyalah sebagai percubaan awal dalam mencegah wabak COVID-19.
Langkah tersebut diumumkan selepas Singapura disahkan akan mengakhiri tempoh Circuit Breaker pada 1 Jun ini.
Teksi-teksi itu akan dilengkapi dengan penutup plastik yang berbentuk V. Ianya dinamakan sebagai V-shield yang bertujuan untuk meminimumkan sentuhan di antara pemandu teksi dan penumpangnya.
Dikatakan kira-kira 50 teksi akan dipasang dengan pelindung itu pada setiap minggu bermula dari sekarang. Ia berukuran 1m x 0.7m x 0.6m, V-shield menutup hampir keseluruhan bahagian pemandu sahaja dan tidak akan menghalang laluan udara di dalam teksi.


V-shield ini diperbuat daripada bahan plastik yang sukar untuk dipecahkan. Ianya bagi melindungi pemandu dari sebarang serangan fizikal.
Sekiranya langkah ini berjaya, lebih banyak teksi yang akan dipasangkan dengan V-shield pada masa akan datang nanti.
Sumber: Mothership