Siakap Keli
tips mohon harvard
Kredit: Nadiah Wan/Google

Alumni Malaysia Di Harvard Kongsi Tips Permohonan Masuk, Info Bantuan Kewangan Ke Universiti Harvard

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Baru-baru ini kita menerima berita bahawa dua orang pelajar muda Malaysia telah terpilih untuk ke Kolej Harvard. Pasti ramai yang terinspirasi dari kisah mereka khususnya anak muda yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke institusi berprestij ini.

Jika anda berminat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi di Universiti Harvard, tips dari salah seorang ahli Kelab Alumni Harvard Malaysia ini mungkin membantu anda. Jika sebelum ini anda masih belum jelas dan tercari-cari tempat rujukan untuk ke sana, perkongsian ini mungkin sedikit sebanyak boleh memberi gambaran buat anda.

Tanpa membuang masa, jom baca perkongsian Nadiah Wan, alumni ijazah sarjana muda Bachelor of Arts di Universiti Harvard.

“Apa yang anda perlukan untuk memohon Harvard?”

  1. 12 tahun persekolahan
  2. Duduki ujian Scholastic Aptitude Test (SAT) – Yuran sekitar USD46 bersamaan kira-kira RM200, bergantung kepada negara.
  3. Permohonan
  4. Perakuan guru
  5. Temuduga alumni

Bantuan kewangan Kolej Harvard

Tambah Nadiah, pemberian bantuan kewangan dari Universiti Harvard adalah 100 peratus melihat kepada tahap keperluan pelajar, tanpa mengira merit dan kewarganegaraan pemohon.

Malah, pelajar yang mempunyai pendapatan tahunan isi keluarga kurang daripada USD75,000 atau bersamaan kira-kira RM325,875 boleh mendapat pembelajaran secara percuma di universiti tersebut.

Dapat sijil kemasukan

“Apabila anda berjaya masuk ke Harvard, anda akan mendapat surat dan sijil kemasukan untuk mengesahkan anda telah diterima. Walaupun anda tidak ke sana, anda tetap mendapat sijil tersebut,” tulis Nadiah.

Sumber: Nadiah Wan, The Princeton Review, Business Insider, College Readiness

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.