Tular di media sosial beberapa gambar yang menunjukkan satu awan tebal seperti ombak menyelubungi langit di Tulang Bawang, Sumatera, Indonesia pada hari Rabu lepas.
Awan tersebut dikatakan terbentuk sebelum berlakunya angin puting beliung dan beberapa keping gambar sempat ditangkap oleh penduduk bagi menunjukkan keadaan tersebut.
Gambar: sahabatsurga
Gambar: sahabatsurgaTidak lama selepas itu, hujan lebat disertai kilat dan angin puting beliung melanda kawasan Kampung Dwi Marga Tunggal Jaya, Unit 2 serta kawasan berhampiran.
Seorang penduduk, Ferry Rahmawan berkata mereka tidak menjangkakan akan munculnya puting beliung selepas pembentukan awan tersebut.
Kata Ferry lagi, angin yang kuat mula bertiup diikuti dengan hujan dan kilat. Angin itu kemudiannya bertiup dengan lebih kuat lagi.
“Para penduduk segera berlindung, anginnya terlalu kuat. Terdapat satu bunyi yang kuat ketika angin tersebut ‘melanggar’ beberapa buah rumah,” kata Ferry.
Seorang lagi penduduk serta peniaga, Himawan mengatakan puting beliung itu berlaku kira-kira 15 minit.
Dalam kejadian tersebut, seramai 2 orang mangsa meninggal dunia, 5 orang mengalami kecederaan teruk, 1 orang cedera ringan, 66 buah rumah mengalami kerosakan teruk dan 179 buah rumah mengalami kerosakan kecil serta 1 ekor lembu ditemui mati.
Sumber: sahabatsurga, Tribun Manado