Siakap Keli
imigresen COVID-19

COVID-19: Semua Pegawai Imigresen Bertugas Di Depot Imigresen Bukit Jalil Dikenakan Kuarantin 14 Hari- Ketua Pengarah Imigresen

Putrajaya, 22 Mei- Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, semua pegawai imigresen yang bertugas di depot tahanan Bukit Jalil dikuarantin selama 14 hari.

Hal ini berikutan kemunculan kluster baru kes COVID-19 melibatkan 60 warga asing di pusat tahanan itu setakat hari ini.

Keputusan ujian saringan ke atas 98 pegawai imigresen di depot tersebut disahkan negatif, katanya seperti dilaporkan Bernama.

Susulan itu, Jabatan Imigresen akan menggerakkan pegawai dari ibu pejabat dan negeri untuk mengambil alih kawalan di depot Bukit Jalil, tambahnya.

Sumber: Bernama

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.