Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Putrajaya, 21 Mei- Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan kewujudan satu kluster baru COVID-19 melibatkan penghuni di depot tahanan Imigresen di Bukit Jalil.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, seramai 645 tahanan telah disaring dan menjalani ujian COVID-19. Dari jumlah itu, seramai 35 tahanan disahkan positif COVID-19.
“Kesemua 35 kes positif melibatkan orang bukan warga negara dan orang kena tahan (OKT) iaitu 17 warga negara Myanmar, 15 India, 1 Sri Lanka, 1 Bangladesh dan 1 Mesir,” katanya.
Menurut beliau, OKT telah ditahan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan pada 18 Mac lalu.
“Ada antara mereka telah dihantar pulang dan kita dimaklumkan apabila ada ujian dilaksanakan di negara mereka, (ujian) adalah positif.
Ada antara tahanan yang bergejala dan semua tahanan disaring secara menyeluruh, katanya.
Ketika ditanya mengapa kluster itu baru dikesan walaupun pendatang tanpa izin ditahan sebelum pelaksanaan PKP, jawab Dr Noor Hisham, KKM masih menjalankan siasatan bagi mengesan punca penularan COVID-19 dalam kalangan tahanan itu.
“Kita perlu menyiasat dengan lebih mendalam…kami tidak pasti, mungkin ia daripada pekerja atau petugas di bahagian dapur,” katanya.
Tambahnya, pencegahan dan kawalan sedang dijalankan termasuk proses nyah kuman, pendidikan kesihatan dan kebersihan peribadi serta penekanan penjarakan sosial.
Punca jangkitan masih dalam siasatan, ujarnya.
KKM turut menyediakan perkhidmatan kesihatan secara berjadual di semua pusat depot tahanan di Malaysia.
Maklumat mengenai kluster baru boleh didapati pada minit ke 17:12.
Sumber: KKM