Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Samalaju Catat IPU Tidak Sihat Setakat 9 Pagi Setakat 9 Pagi

Kredit: Bernama

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Samalaju, Sarawak mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat, iaitu 152, manakala 44 kawasan merekodkan bacaan pada tahap sederhana setakat 9 pagi ini.

Menurut Portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Bintulu, Sarawak mencatat bacaan IPU tertinggi dalam kategori sederhana, iaitu 94, diikuti Serian (90) dan Sibu (87) serta Batu Muda di Kuala Lumpur (84).

IPU sederhana turut direkodkan di Sri Aman, Sarawak dengan bacaan 83, manakala Kluang, Johor dan Samarahan, Sarawak masing-masing mencatat bacaan 82.

Sementara itu, 23 kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap baik dengan Tanah Merah, Kelantan melaporkan bacaan tertinggi, iaitu 49, diikuti Bandaraya Melaka (48) dan Kuala Selangor, Selangor (47).

Bacaan IPU antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya.

Sumber:Bernama
Intipati
  • Samalaju mencatat IPU tidak sihat pada bacaan 152 setakat 9 pagi ini.
  • Sebanyak 44 kawasan merekodkan IPU sederhana, dengan Bintulu mencatat bacaan tertinggi 94.
  • Sebanyak 23 kawasan berada pada tahap baik, diketuai Tanah Merah dengan bacaan 49.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan