Siakap Keli

Diguna Untuk Kebersihan Diri, Ini Antara Benda Yang Digunakan Sebelum Wujudkan Tisu Tandas

Tisu tandas adalah satu produk yang digunakan untuk menjaga kebersihan diri. Sesetengah orang menggunakan tisu tandas selepas membuang air besar. Tisu tandas mempunyai lapisan yang tebal bermula dari 1 lapisan sehingga 6 lapisan supaya ia tidak mudah terlerai.

Zaman dahulu, mereka hanya menggunakan batu dan juga tanah liat sahaja untuk kebersihan diri. Kini, tisu tandas sering dianggap remeh di zaman moden. Namun, setiap orang mempunyai cara dan kaedah mereka sendiri untuk tetap menjaga kebersihan diri.

Guna kertas

Menurut Mental Floss, sekitar tahun 1391 sewaktu zaman dinasti Song, seorang maharaja di China telah memutuskan untuk membawa kepingan kertas 2 sehingga 3 kaki yang besar untuk digunakan sewaktu ditandas. Namun ketika itu orang-orang di China hanya menggunakan produk kertas.

Guna surat khabar dan katalog lama

Ketika Great Britain ditinggalkan oleh peneroka untuk menjajah tanah. Mereka menyedari bahawa mereka boleh menggunakan surat khabar dan katalog lama untuk membersihkan diri disebabkan keadaan ketika itu tidak berapa maju.

Tambah artikel tersebut, Godson Ratu Elizabeth 1 yang telah mencipta salah satu tandas yang pertama pada tahun 1596. Namun, tisu tandas yang dihasilkan secara kormesial tidak mula diedarkan sehingga sekitar tahun 1857.

Quilted Northern, sebelumnya tisu Northern, mengiklankan pada akhir tahun 1935 bahawa tisu mereka bebas daripada serpihan. Disebabkan syarikat itu besar. Rancangan pemasaran mereka berjaya dan mendapat sambutan yang sangat tinggi. Walau bagaimanapun, tarikan tisu tandas tidak unversial. Ramai orang di India yang menggunakan kaedah air dan baldi.

Sumber: www.mentalfloss.com

Nurul Najiha

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa