Siakap Keli

Elak Tinggalkan ‘Hand Sanitizer’ Dalam Kereta, Bomba Western Lake Jelaskan Bahaya Menanti

Gambar (Kiri) Hiasan, Western Lake Fire District

Jabatan bomba Western Lake Oconomowoc di Wisconsin, Amerika Syarikat (AS) dalam satu perkongsian di akaun Facebooknya memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak meninggalkan cecair pembasmi kuman di dalam kenderaan ketika cuaca panas.

Dengan tercetusnya wabak pandemik Covid-19 ini, pasti ramai di antara kita yang akan menyimpan cecair pembasmi kuman ini sebagai langkah pencegahan untuk mengelakkan diri daripada dijangkiti dengan virus maut ini.

Menurut perkongsian tersebut, cecair yang secara asasnya mengandungi alkohol itu sangat mudah terbakar sekiranya didedahkan kepada cuaca panas dan punca api seperti menghisap rokok dan sebagainya.

Justeru daripada itu, sekiranya ia diletakkan di dalam kereta, kemungkinan untuk kereta anda ditimpa kejadian yang tak diingini seperti gambar yang dikongsikan oleh jabatan bomba tersebut adalah tinggi.

Let’s start today with a little education!We’ve chatted in the past about clear water bottles being kept in your…

Posted by Western Lakes Fire District on Thursday, 21 May 2020

“Secara asasnya, kebanyakan cecair sanitasi tangan mengandungi alkohol dan disebabkan itulah ianya mudah untuk terbakar. Dengan menyimpannya di dalam kereta anda semasa cuaca panas serta mendedahkannya pada cahaya matahari akan menyebabkan cahaya tersebut menembusi botol itu.

“Dan sekiranya ianya didedahkan pada punca api seperti merokok di dalam kereta atau memanggang ketika dihujung minggu boleh menyebabkan berlakukan kejadian yang tak diingini.”

Sumber: Western Lakes Fire District

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.