Siakap Keli

Melaka Jadi Negeri Paling Tinggi Catat Kenderaan Cuba Rentas Negeri Setakat Ini – Ismail Sabri

Sidang media berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang disampaikan oleh Datuk Seri Ismail Sabri telah menyenaraikan beberapa negeri mencatat kenderaan paling tinggi yang cuba merentas negeri.

Katanya, negeri yang paling tinggi adalah negeri Melaka iaitu sebanyak 886 kenderaan, Perak dengan 362 kenderaan dan diikuti dengan Pulau Pinang dengan jmlah 284 buah kenderaan.

“Setiap hari saya ulangi jangan buat rentas negeri dan semalam mungkin bila saya umum tiada lagi kebenaran lagi rentas negeri, mungkin ramai yang ingin mengambil kesempatan rentas negeri.”

“Mungkin mereka takut hari ini ada sekatan jalan raya dan sebagainya, dan sebab itu ramai yang cuba merentas negeri,” katanya dalam sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), di sini.

Ismail Sabri berkata, sebanyak 2,539 kenderaan yang cuba merentas negeri atas alasan mahu pulang ke kampung, telah diarahkan berpatah balik oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sidang media perkembangan terkini PKPB | 22 Mei 2020

[LANGSUNG] – Sidang media perkembangan terkini PKPB oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 22 Mei 2020

Posted by Bernama TV on Thursday, 21 May 2020

Sumber: Sidang media MKN

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.