Siakap Keli

(Video) Pekerja Stesen Minyak Kebingungan, Helikopter Mendarat Isi Minyak Bagaikan Tiada Apa Yang Berlaku

Gambar: Daily Star

Orang ramai di sebuah stesen minyak terkesima apabila melihat seorang juruterbang mendaratkan helikopter dipercayai miliknya untuk mengisi minyak.

Adegan pelik itu dirakam oleh pelanggan yang terkejut di stesen minyak di Garwolin, tenggara Warsaw di Poland.

Dimuatnaik di YouTube pada Isnin lalu, video itu telah mendapat lebih 382,000 tontonan.

Rakaman itu memaparkan helikopter hitam besar di stesen minyak tersebut dan juruterbang yang sedang mengisi tangki sambil disaksikan oleh pekerja yang kebingungan.

Juruterbang tersebut membayar bilnya seolah-olah tidak ada apa yang berlaku sebelum masuk semula ke kokpit dan berlepas.

Satu lagi rakaman lain yang diambil pada jarak yang lebih jauh menunjukkan helikopter tersebut berlepas dan terbang di sekitar stesen minyak.

Polis pada ketika ini sedang menyiasat mengenai kejadian itu selepas rakaman tersebut tular.

Sumber: Daily Star

Sofea Shahira

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.