Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang masih lagi kita jalani ini, tidak dinafikan pelbagai gelagat lucu dikongsikan oleh masyarakat Malaysia di ruangan media sosial agar kita semua terhibur dan tidak berasa tertekan sepanjang tempoh ini.
Hal ini dapat dibuktikan menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik oleh @joxxanna di laman sosial Twitter.
Video tersebut memaparkan gelagat lucu di antara dua orang neneknya yang gigih menumbuk sebuah kickboxing bag sambil ketawa.



“Tengok perangai nenek-nenek saya ni…astagaaa…haha,” kata @joxxanna di perkongsiannya itu.
Jika dilihat di ruangan komen, ramai pengguna Twitter yang terhibur dengan gelagat kedua-dua nenek tersebut. Video yang berdurasi 45 saat itu sehingga kini telah memperoleh lebih 10 ribu retweets dan lebih 15 ribu tanda suka.



Tengok perangai nenek nenek i ni astagaaa haha pic.twitter.com/7pQ3sy7kEJ
— ♥ (@joxxanna) May 21, 2020
Selamba duduk lepak berdua depan rumah. pic.twitter.com/MQuWhHm7r3
— ♥ (@joxxanna) May 21, 2020
Nenek nenek i ni power main game ular sampai 1 juta skor. Kalau diorg diam, main game la tu.
Last but not least, happy je dapat hadiah & kek hari ibu pic.twitter.com/ywhG4L3bbh
— ♥ (@joxxanna) May 21, 2020
Sumber: @joxxanna