Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google / Sunway Group

(Video) “Tiba Masanya ‘Frontliners’ ‘Berehat’,” Malaysia Bersatu Pikul Tugas Perangi Covid-19

Siapa yang pernah sangka bahawa sambutan Ramadan dan Syawal pada tahun ini berbeza dan tidak sama seperti tahun-tahun terdahulu. Wabak pandemik Covid-19 ternyata sangat memberi kesan kepada pelbagai aspek yang dilalui oleh rakyat Malaysia.

Pun begitu, walaupun pandemik ini sangat memberi kesan kepada kita, namun terdapat banyak pihak yang sentiasa menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Jasa dan pengorbanan ‘frontliners’ tidak terbalas

Antara golongan yang sibuk ketika pandemik ini ialah barisan petugas barisan hadapan yang sentiasa memastikan penularan jangkitan Covid-19 dapat diputuskan. Memetik ucapan daripada Perdana Menteri, masyarakat Malaysia perlulah memainkan peranan supaya dapat memberi peluang kepada petugas barisan hadapan untuk ‘relaks’ sementara terutamanya menjelang Aidilfitri ini.

Tiba masanya barisan hadapan ‘berehat’, kini rakyat pikul tanggungjawab perangi Covid-19 – PM

Walaupun rakyat Malaysia tidak dapat membantu dalam bidang tersebut, namun pelbagai kaedah diguna bagi meringankan beban petugas barisan hadapan. Antaranya ialah sumbangan-sumbangan yang dikumpulkan bagi memudahkan urusan ‘wira-wira’ tersebut.

Sememangnya pelbagai sumbangan dan bantuan yang telah disalurkan, namun jasa dan pengorbanan mereka tidak akan pernah terbalas.

Disebabkan itu, pelbagai pihak di Malaysia sentiasa menyalurkan bantuan-bantuan bagi memastikan golongan tersebut dipermudahkan urusan seharian mereka.

Tak pernah kenal penat dan lelah

Atas bantuan oleh pelbagai badan-badan bukan kerajaan yang sentiasa menyalurkan sumbangan, pihak Sunway telah merakamkan setinggi penghargaan kepada mereka yang berkhidmat tanpa henti bagi memastikan kebanyakan golongan sentiasa terpelihara.

Antaranya ialah pihak Savor Of Life yang setiap hari tidak henti-henti menyumbangkan tiga sehingga empat ratus bungkusan makanan kepada ‘frontliners’ yang berkhidmat memerangi Covid-19.

Bantuan tersebut sedikit sebanyak pasti dapat memudahkan urusan ‘frontliners’ terutamanya ketika kesibukan mereka memerangi wabak Covid-19 tersebut. Sekurang-kurangnya, penat lelah mereka berkerja terubat berikutan bantuan makanan yang diterima.

Selain petugas barisan hadapan, golongan-golongan lain seperti warga emas, anak yatim dan penghuni-penghuni rumah kebajikan juga perlulah diambil perhatian. Oleh yang demikian, pihak SESO Malaysia telah menyumbangkan bantuan kepada sekurang-kurangnya 16 rumah kebajikan setiap minggu. Bantuan itu disalurkan termasuklah kepada golongan kurang upaya, anak-anak yatim dan rumah orang tua.

Seperti sedia maklum, petugas barisan hadapan terutamanya petugas kesihatan memerlukan perlindungan diri bagi memastikan tidak dijangkiti virus yang membawa maut itu.

Sedia maklum akan perkara tersebut, pihak PPE Re-Imagineering Group Againt Covid-19 telah menyalurkan sekurang-kurangnya 30 ribu ‘face shield’ kepada petugas-petugas yang memerlukannya.

Selain itu, pihak Mercy Malaysia juga turut menyumbangkan pelbagai peralatan yang diperlukan oleh pihak hospital dan klinik terutamanya bagi memerangi wabak Covid-19 ini. Turut bekerja bersama CPRC, pihak Mercy Malaysia juga turut menyediakan ‘phsyco social hotlines’ kepada sesiapa yang mengalami tekanan di tengah-tengah pandemik Covid-19 ini.

Dapat disimpulkan, bantuan-bantuan yang disalurkan oleh pihak tersebut sangat memberi makna kepada pelbagai golongan. Pun begitu, pihak-pihak lain sangatlah digalakkan untuk terus membantu menyumbangkan pelbagai sumbangan kepada golongan-golongan tersebut.

Sememangnya wabak pandemik Covid-19 ini memberikan kesan kepada masyarakat Malaysia. Namun, dengan bantuan yang tidak henti-henti ini, ternyata rakyat di Malaysia bersatu padu terutamanya kepada waktu getir ini.

Menjelang Aidilfitri yang berbaki beberapa hari sahaja lagi, nampaknya sambutan pada tahun ini agak berbeza. Pun begitu, ianya tetap boleh diraikan dengan penuh kegembiraan berikutan penyatuan masyarakat yang jelas terpancar ketika wabak Covid-19 ini.

Sekali lagi, pihak Sunway merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada badan-badan bukan kerajaan yang tidak henti-henti menyalurkan sumbangan kepada golongan memerlukan serta ‘frontliners’.

Walaupun begitu, pihak Sunway juga mengalu-alukan semua pihak untuk turut sama menyalurkan bantuan terutamanya menjelang Aidilfitri yang bakal tiba. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman Facebook Sunway Group.

 

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa