Siakap Keli
Gambar: Bernama

TERKINI: KKM Sahkan 15 Kes Baharu Covid-19 Termasuk 6 Kes Import

Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan bahawa sebanyak 15 kes positif baru jangkitan Covid-19 dilaporkan setakat 12 tengah hari, 27/5/2020.

Pertambahan angka kes yang dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes keseluruhan yang dilaporkan di Malaysia meningkat kepada 7,619 kes.

Daripada jumlah keseluruhan itu, sebanyak 1,421 kes aktif sahaja yang tinggal. Kesemua kes yang aktif itu telah diasingkan dan dirawat di hospital.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah juga turut memaklumkan bahawa daripada jumlah kes aktif yang dicatatkan itu, sebanyak 8 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 4 kes daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau juga turut melaporkan bahawa tiada kes kematian dicatatkan pada hari ini. Ianya menjadikan jumlah kumulatif kes kematian kekal kepada 115 kes atau 1.15% jumlah keseluruhan.

Dalam pada itu, beliau juga turut memaklumkan bahawa daripada jumlah keseluruhan yang dilaporkan hari ini, sebanyak 6 kes import yang mendapat jangkitan daripada luar negara dicatatkan.

Daripada 9 kes penularan yang dicatatkan hari ini, sebanyak 4 kes merupakan bukan warganegara Malaysia.

KKM juga turut menyatakan bahawa 15 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini adalah merupakan yang paling rendah sejak PKP.

Sumber: KKM

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa