Siakap Keli

(Video) Detik Menakutkan Kanak-Kanak Diekori Seekor Beruang

Rome — Pendakian sebuah keluarga telah bertukar menjadi satu momen yang menakutkan apabila seekor beruang berwarna coklat telah mengekori anak lelaki mereka semasa dalam perjalanan turun.

Dalam sebuah video yang dikongsikan oleh ayah tirinya, Alessandro yang berusia 12 tahun dilihat sedang berjalan secara perlahan-lahan ke arah ayah tirinya sementara diekori oleh beruang besar tersebut.

Melalui video tersebut dapat didengari bapa tirinya sedang mengarah Alessandro untuk terus bergerak ke arahnya secara perlahan.

Calliari menceritakan mereka kesana bersama 6 ahli keluarga yang lain untuk melakukan pendakian di pergunungan berhampiran rumah.

Semasa di pergunungan tersebut Alessandro mengutip biji pinus di semak dan mereka percaya beruang tersebut berada di sana sedang tidur. Calliari memberitahu CNN bahawa Alessandro sangat menyukai haiwan dan semasa melihat haiwan tersebut dia meminta ayah tirinya mengambil gambar dengan beruang di belakangnya.

“Saya perhatikan beruang tersebut bergerak dan saya menyuruh Alessandro berjalan perlahan dan berhati-hati, saya akan mengambil gambar tetapi  mesti bergerak” kata Calliari.

“Pada awalnya saya gugup tetapi melihat beruang tersebut tidak bertindak dengan agresif saya kembali tenang,” tambahnya.

Namun, tidak semua orang dalam keadaan tenang, ibu dan nenek kanak-kanak tersebut panik dan menjerit ke arah Alessandro.

Tetapi berlaianan reaksi kanak-kanak tersebut yang kelihatan sangat santai dan teruja. Calliari menjelaskan Alessandro bersedia berhadapan dengan ancaman seperti ini kerana mereka ada menonton video di YouTube tentang apa yang perlu dilakukan apabila bertembung dengan beruang.

Pada akhir rakaman video tersebut, beruang itu berpaling dan berhenti mengekori Aleesandro.

Sumber: CNN

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.