Siakap Keli

(Video) Rakaman Lelaki Kurang Upaya Acu Pistol Mainan Kepada Juruwang Guna Kaki, Didakwa Bertujuan Merompak

Satu kejadian rompakan yang luar biasa di sebuah kedai barangan perhiasan di Brazil berjaya dirakam kamera rakaman litar tertutup (CCTV).

Seorang lelaki kurang upaya yang didakwa cuba merompak itu telah bertindak mengacukan sepucuk pistol menggunakan kakinya ke arah juruwang.

Tindakannya itu akhirnya membawa padah selepas pihak polis yang tiba di lokasi kejadian berjaya mematahkan kejadian jenayah tersebut dan menangkapnya.

Insiden itu didakwa terjadi di Canela, Brazil pada Isnin. Rakaman kamera CCTV tersebut memaparkan seorang lelaki berkerusi roda lengkap dengan topeng muka, telah memasuki kedai barangan perhiasan terbabit sebelum cuba untuk merompaknya.

Menurut media tempatan, ketika kejadian, suspek yang berusia 19 tahun itu telah menghulurkan sebuah nota yang mengarahkan juruwang tersebut supaya kekal tenang dan menyerahkan duit yang ada.

Pun begitu, juruwang tersebut dikatakan tidak melayan permintaan lelaki itu kerana beranggapan bahawa ianya hanyalah gurauan pada awalnya.

Suspek yang juga didakwa bisu kemudiannya telah bertindak mengacukan pistolnya terhadap juruwang tersebut untuk membuktikan bahawa kejadian itu bukanlah gurauan seperti yang disangkakannya.

Oleh kerana suspek tidak mempunyai tangan, dia telah mengacukan pistol tersebut menggunakan kedua kakinya.

Walaupun begitu, cubaan merompak tersebut dilaporkan gagal selepas polis yang tiba di lokasi kejadian berjaya menangkap suspek.

Menurut portal RT, pistol yang digunakan dalam rompakan tersebut adalah merupakan pistol mainan. Selain dari itu juga, sebilah pisau turut ditemui di kerusi roda suspek berkenaan.

Suspek kini dilaporkan sedang berhadapan dengan tuduhan cubaan merompak.

Sumber: RT

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.