Satu rakaman ‘mendebarkan’ menyaksikan salah sebuah pesawat kargo terbesar di dunia telah dipanah oleh petir ketika sedang terbang membawa PPE dari China ke Eropah, lapor Daily Mirror.
Pesawat Antonov An-124-100 ‘Ruslan’ itu dipercayai dipanah petir semasa dalam perjalanan untuk mendarat di Krasnoyarsk di Siberia, Rusia bagi mengisi minyak.
Memetik laporan Daily Mirror, bahagian hadapan pesawat kargo itu mengalami lekukan besar akibat daripada panahan petir tersebut.
Video yang dirakam dari bawah itu menyaksikan pesawat tersebut terbang pada ketinggian 8, 850 kaki semasa dipanah petir.
Pesawat tersebut dilaporkan dalam perjalanan dari Shanghai ke Porto di Portugal dengan membawa peralatan perlindungan diri yang penting.
Syarikat penerbangan Rusia, Volga-Dnepr Airlines memuji juruterbang kerana mendarat dengan selamat.
“Krew menyedari kilat menyambar semasa sedang turun, tiada tekanan atau ‘bebakan’ yang berlebihan dengan semua sistem berfungsi dengan normal.
“Krew penerbangan di bawah komando Sergei Tkhostov menangani situasi itu secara profesional,” kata seorang jurucakap.
Sumber: Daily Mirror